Return Policy

Polisi Tempahan

  1. PENEMPAHAN DAN PEMBAYARAN
    Pelanggan Cetak Sampul (CS) perlu mengisi borang maklumat tempahan dan maklumat penempah dengan sempurna. Pelanggan perlu membuat bayaran penuh sewaktu menempah. Reka bentuk tempahan hanya akan dibuat selepas bayaran diterima. Bagi pihak pelanggan dari Sabah Sarawak caj pengeposan akan dimaklumkan setelah barang siap dan anda perlu menjelaskan bayaran terlebih dahulu sebelum pengeposan.
  2. PENGESAHAN TEMPAHAN DAN CETAKAN
    Selepas membuat tempahan, Pihak Cetak Sampul akan melakukan proses reka bentuk dan mendapatkan pengesahan dari pelanggan. Kerja cetakan hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan terakhir daripada pelanggan. CS tidak akan bertanggungjawab untuk atas sebarang kesilapan ejaan atau lain-lain selepas pengesahan untuk cetakan dibuat. Proses percetakan mengambil masa 14 hari berkerja.
  3. KUALITI CETAKAN DAN WARNA
    Cetak Sampul-CS menggunakan pelbagai jenis pencetak untuk menghasilkan semua produk keluaran. Ketidak selarasan warna akan berlaku dalam setiap cetakan. Julat ketidak selarasan warna dalam cetakan produk akhir CS ialah 5%-10% daripada warna sample di kedai/ cetakan draft. Warna melalui monitor/ skrin computer/ telefon adalah berlainan dengan warna sebenar cetakan kerana format warna yang berbeza. Warna di skrin tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam menentukan perbezaan julat warna. Kualiti potongan akhir juga akan mempunyai julat ‘standard’ cetakan iaitu + / – 5mm.
  4. PENGAMBILAN DAN PENGEPOSAN
    Barangan perlu disemak sewaktu pelanggan mengambil tempahan di premis kami. Setiap barangan yang sudah diterima sama sekali tidak boleh dipulangkan. Segala risiko semasa pengeposan barangan adalah di bawah pihak pelanggan. Kami akan memastikan barangan dalam keadaan baik sebelum pengeposan. Caj penghantaran kami untuk setiap barangan adalah berbeza bergantung kepada saiz / berat / lokasi penghantaran. Barang yang telah siap dijangka akan diterima pelanggan sekitar 2-3 hari bekerja. Pihak Cetak Sampul-CS akan memaklumkan pelanggan Tracking Number setelah pengeposan dibuat.
  5. PEMBATALAN TEMPAHAN
    Deposit / pembayaran tidak akan dipulangkan sekiranya pihak pelanggan membatalkan tempahan.
  6. CAJ REKAAN KHAS
    Kepada pelanggan yang mahukan sampul duit raya rekaan tersendiri, caj rekaan sebanyak RM60 akan dikenakan.
  7. PENGAMBILAN PRODUK SIAP
    Semua produk yang telah siap perlu di ambil dalam masa 5 hari daripada tarikh ia siap. Cetak Sampul-CS tidak akan menanggung sebarang perkara yang berlaku sama ada kerosakan daripasa serangga, air atau sebagainya selepas tempoh simpanan 10 hari di setor.